RANTAU PANJANG – Penduduk tidak menyangka pasangan suami isteri yang menyewa di rumah kedai dekat Kampung Bagus, di sini, dipercayai mempunyai hubung kait dengan kes penderaan kanak-kanak berusia 5 tahun.
Jiran, Sabariah Mat Kassim, 67, berkata, tiada sebarang tanda, bunyi bising atau jeritan kanak-kanak kedengaran sepanjang enam bulan mereka menyewa di rumah berkenaan.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu kelihatan mesra seperti pasangan suami isteri lain.
“Kami jarang sekali nampak mereka berada di kampung ini kerana mereka banyak menghabiskan masa di Kampung Kubang Rambutan,” katanya.
Sementara itu, jiran, Mohd Yusuf Awang Kechik, 63, berkata, masyarakat tidak wajar meletakkan kesalahan itu kepada jiran tetangga kerana sebelum ini, tiada sebarang petanda berlakunya kes penderaan.
Menurutnya, sekiranya terdengar sebarang jeritan atau tangisan, mereka pasti menghubungi pihak polis dengan segera.
“Saya sendiri terkejut dengan kejadian yang menimpa Yaya kerana dia jarang keluar atau bermain di sekitar rumah.
“Sepertimana rumah-rumah yang lain, rumahnya juga sentiasa tertutup, jadi agak sukar untuk mengetahui sama ada berlaku sebarang kes penderaan anak di sini,” katanya.
Sementara itu, rakan niaga bapa kanak-kanak berkenaan, E Chuan berkata, dia mengenali lelaki itu sebagai seorang bapa yang baik dan mudah mesra, namun tidak mengenali secara lebih dekat isteri baharunya.
“Dia tak pernah cerita pasal hal keluarga kerana semua urusan anak-anak diserahkan kepada isterinya,” katanya.
Pada 29 Jun lalu, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun.
Kanak-kanak malang itu yang mesra dipanggil Yayadipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.
Yaya mengalami kecederaan serius termasuk patah 13 tulang rusuk, tulang belakang, bahu kanan selain tulang pinggulnya berubah kedudukan.
Mangsa juga mengalami radang paru-paru, lebam di dada dan perut dan bahagian belakang, selain masih trauma dengan kejadian menimpanya

0 Komentar untuk "Rumah Misteri Simpan Rahsia Kanak-kanak Mangsa Dera Ibu Tiri"