Kilang tempat mereka mencari rezeki telah ditutup dan dihentikan operasi. Sekaligus menjadikan mereka kehilangan sumber pendapatan.
Tetapi berita ini tidak mendapat tempat langsung, bahkan langsung tidak diperkatakan. Para penyokong Pakatan Rakyat yang mendabik dada mereka adalah pejuang rakyat, senyap sunyi. Para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR, juga tidak keluar beramai-ramai, bersalam-salaman dan kemudian mengutuk Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.
Sebabnya, kejadian malang ini berlaku di Selangor, di sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Di sebuah negeri yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai negeri terkaya di seluruh Malaysia. Yang mempunyai semua fasiliti dan infrastruktur sebagai kawah emas Malaysia.
Malangnya selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor pada 2008, satu persatu masalah menimpa Selangor. Selangor hilang kredibiliti sebagai negeri yang paling aktif menarik pelaburan kerana para pemimpinnya leka bermain politik dan retorik. Para pemimpin Kerajaan Negeri Selangor memandang mudah kepentingan bekalan air bersih di seluruh Selangor dengan harapan, Kerajaan Persekutuan yang pusat pentadbirannya di Putrajaya tidak ada kaedah lain, melainkan terpaksa membantu Selangor, yang kemudian akan didabik dadakan sebagai usaha keras dan kepandaian mereka.
Masalah air di Selangor sudah enam tahun diperkatakan tetapi Pakatan Rakyat yang cukup pandai berdalih, menyatakan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Kelang boleh menggunakan air banjir dan air lombong. Projek Langat II dikatakan sebagai perkakas UMNO hendak mencuri duit rakyat.
Nah, kerana masalah air, satu persatu kilang-kilang yang sudah berpuluh tahun bertapak di Selangor, keluar dan meninggalkan negeri ini. Beratus-ratus rakyat Selangor dan penduduk Selangor yang sebelum ini gah dengan kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya DAP, kehilangan sumber pendapatan.
Hebat sangat DAP, hebat sangat PKR kan?
Tak payah
BERUBAH DARIPADA BERPENDAPATAN KEPADA PENGANGGURAN!!!
Kilang mana pulak lepas ni akan ditutup di Selangor?
Kelantan tidak banyak kilang walaupun kononnya bumi rahmat kerana dipimpin ulama kerana masalah air.
Kedah yang mempunyai Kulim Hi-Tech, ketika zaman pentadbiran PAS, kehilangan lebih separuh daripada kilang-kilang yang telah bertapak di kawasan tersebut dari zaman Mahadzhir Khalid, juga kerana masalah air.
Banyak juga kilang di Pulau Pinang, berhenti beroperasi kerana masalah air sehingga Guan Eng terpaksa sauk apa-apa sahaja kilang, termasuklah kilang yang mengeluarkan bahan bahaya seperti Jinko Star semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Selangor pula, semakin sunyi daripada kilang-kilang yang berpindah operasi kerana masalah air yang berterusan...
TAHNIAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!
0 Komentar untuk "KERANA MASALAH AIR, KILANG JVC DI SHAH ALAM, AKHIRNYA DITUTUP DAN MELAYU JADI MANGSA TERBESAR HILANG PEKERJAAN!!!"