Tempoh Penggantungan Datuk Lee Chong Wei Tamat Pada 30 April 2015

LEE CHONG WEI DIGANTUNG 8 BULAN

TEMPOH GANTUNG LEE CHONG WEI



Penantian itu satu penyeksaan. Itulah yang dialami bekas pemain badminton nombor satu dunia,Datuk Lee Chong Wei yang dilarang menyertai sebarang kejohanan sejak akhir tahun lalu. Beliau didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos 2014. Sepanjang ketiadaannya, Malaysia mengalami zaman kejatuhan kerana tiada pelapis yang setanding dengan Chong Wei.



Selepas sesi pendengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas pada 11 April 2015, Lee Chong Wei menunggu hingga ke hari ini dan mendapati beliau menerima hukuman penggantungan 8 bulan. Nasib menyebelahi beliau apabila tarikh penggantungan di ambil bermula 30 Ogos 2014.



Ini bermakna tempoh 8 bulan itu akan tamat pada 30 April 2015 dan membolehkan beliau bersaing dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei,Sukan SEA di Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos 2015 nanti. Selamat kembali Datuk!
0 Komentar untuk "Tempoh Penggantungan Datuk Lee Chong Wei Tamat Pada 30 April 2015"

Back To Top