Kesan GST? Nasi putih RM3, Timun RM5, Telur dadar RM4. KONTROVERSI | 27/04/2015 2:42 AM

gst
GST MELAMPAU? | Sebelum itu, biarlah alamat dan logo restoran ini ditutup, kerana bukanlah niat Beritanisma untuk menutup periuk nasi orang.
Berikut adalah resit di sebuah kedai makan terkemuka yang hangat dikongsi di laman-laman Facebook, yang biarlah identiti mereka dirahsiakan, dengan harga yang melampau, adakah ia releven?
Melihat harga tersebut mungkin ada logiknya Ayam RM14 dan sotong RM12, mungkin kuantiti lauk agak banyak, tetapi Lihat saja harga untuk timun RM5, Nasi Putih RM3.30 dan Telur Dadar RM4 adakah ini sesuatu yang normal?
Besar manakah timun tersebut? adakah sebesar tembikai? adakah nasi putih itu ditambah cecair istemewa supaya terserlah keputihannya? ataupun telur tersebut keluar diambil dari luar negara supaya lembut isinya?
Agak mengarut, adakah ini hasil daripada penguatkuasaan gst dan peniaga terdesak untuk menaikkan harga? mungkin iya dan mungkin tidak.
Apa-apa pun diharapkan peniaga mengenakan harga yang wajar dengan tidak sewenang-wenangnya, apatah lagi sejak penguatkuasaan GST baru-baru ini pelanggan akan cepat merungut dengan barang yang mahal dan tidak wajar.
Terkini : Berikut adalah gambar untuk resit tersebut
gsttPerghhh, kedai ni memang buat lawak, lawak gst.
0 Komentar untuk "Kesan GST? Nasi putih RM3, Timun RM5, Telur dadar RM4. KONTROVERSI | 27/04/2015 2:42 AM"

Back To Top