Sebuah akhbar dari Palestin, Falastin News Palestine telah mendedahkan tentang penemua seorang doktor warga Norway, di mana doktor berkenaan, Dr. Erik Fosse telah mengesan tentera Israel telah menggunakan bom perangsang-kanser terhadap penduduk Palestin.
Dr. Erik kini sedang giat mengkritik Israel melalui Press Tv di mana katanya majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital di Gaza City adalah orang awam yang rumah mereka dibedil di mana 30% daripada mereka adalah kanak-kanak.
Bahan letupan yang dikenali sebagai Dense Inert Metal Explosive (DIME), yang sudah pernah digunakan dalam Operasi Cast Lead. Senjata DIME menyebarkan atom-atom logam lembam yang menembus tubuh manusia dan sulit untuk keluar dari jaringan tubuh manusia.
Senjata ini telah digunakan sejak tahun 2009 lalu sehingga kini di mana tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara Haram Israel walaupun telah didedahkan oleh media-media antarabangsa.
Jika terkena letupan bom berkenaan dalam jarak empat meter, mangsa mungkian akan terkorban dan jika jauh dari pusat ledakan, diluar diameter empat meter mangsa mungkin akan hidup tetapi akan mengalami luka yang parah kerana dari pecahan peluaru yang memotong jalanan urat tubuh dan tulang. (Sumber: arrahmah.com)
Berdasarkan maklumat, senjata berkenaan telah dibangunkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), pada tahun 2006 lalu dan penduduk Gaza menjadi 'tikus makmal' tanpa disedari masyarakat dunia dunia.
Bahan letupan DIME berkenaan dikatakan mengandungi tungsten atau lebih dikenali sebagai walfrom, iaitu sejenis unsur kimia dengan simbol W dan nombor atom 74. tungsten perkataan berasal dari bahasa Sweden tung sten, yang secara langsung diterjemahkan kepada logam berat. (Sumber: education.jlab.org/)
0 Komentar untuk "Israel Dikesan Guna Bahan Letupan Mengandungi Bahan Kimia Peransang Kanser Di Palestin"