RAISHA HASSAN TUDUH IBU KANDUNG YANG DERA YAYA

SANA-ABDUL-MALEK

RAISHA HASSAN TUDUH IBU KANDUNG YANG DERA YAYA | Wanita yang dikenali sebagai Raisha Hassan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dilaporkan mendera Nur Zuliana atau Yaya ketika berada dibawah jagaannya.
Ibu kandung kanak-kanak lima tahun mangsa dera menafikan dakwaan ibu tiri mangsa yang mengatakan anaknya dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika diserahkan kepadanya Jumaat lalu.
Sana Abdul Malek ketika ditemui hari ini memberitahu tidak mungkin kecederaan itu boleh berlaku disebabkan olehnya kerana baru sahaja diambil dalam tempoh beberapa jam sahaja.
“Saya sendiri terkejut melihat keadaan anak saya pertama kali berjumpanya selepas setahun yang dalam keadaan yang sungguh tidak bermaya.
“Ketika itu saya yakin anak saya itu sebenarnya mangsa dera selepas melihat ada kesan kecederaan di badannya. Doktor sendiri mengesahkan kecederaan yang dialami anak saya itu adalah kesan tiga atau enam bulan yang lalu,” katanya.
Sana berkata tuduhan yang dilontarkan oleh ibu tiri anaknya itu amat tidak logik dan kemungkinan hanya mahu menutup kesalahannya sahaja.
Katanya, sebagai ibu kandung dirinya tidak tergamak melakukan perbuatan terbabit ke atas darah daging sendiri.
“Mana ada orang yang sanggup mengaku selepas berbuat jahat. Sebelum ini memang ada ada mendengar khabar dan diberitahu anak saya didera.
“Saya ada juga menelefon bapanya tetapi jawapan yang diberikan ialah anak saya sihat dan tidak ada apa apa yang berlaku ke atasnya,” katanya ditemui The Rakyat Post, hari ini.02.07.2015
Dalam perkembangan sama, Sana berkata dia terlalu gembira melihat keadaan anaknya itu yang kini semakin sihat dan berselera makan.
Katanya, anaknya kini meminta ais krim, biskut dan ayam goreng.
“Walaupun gembira tetapi saya sedih pula apabila mengenangkan kemungkinan selama ini dia tidak berpeluang merasai makanan seperti itu.
“Buat masa sekarang saya tidak akan bertanyakan apa-apa kepadanya dan berharap supaya dia melupakan terus kejadian yang berlaku ke atas dirinya,” katanya.
Kanak-kanak mangsa dera, Nur Zuliana Sara Zulkifli, 5, yang selesai menjalani pembedahan di bahagian usus kecilnya kini semakin pulih dan sudah boleh makan dan minum dengan selesa.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata mangsa mungkin akan dipindahkan kembali ke Wad Pediatrik sekiranya keadaannya semakin pulih.
Kanak-kanak itu kini ditempatkan di hospital tersebut untuk rawatan lanjut dan berada di bawah jagaan JKM ketika ini.
0 Komentar untuk "RAISHA HASSAN TUDUH IBU KANDUNG YANG DERA YAYA"

Back To Top