Nazir Razak PERLI Najib lagi??


Gambar yang dikirim Datuk Seri Nazir Razak menunjukkan Tun Abdul Razak berjalan di hadapan di atas jambatan sempit ketika melawat sebuah penempatan Felda. – Gambar Instagram nazir.razak, 8 Julai, 2015.

Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini memuat naik gambar bapanya, Tun Abdul Razak memimpin sekumpulan individu termasuk anggota polis meniti jambatan sempit di kawasan petempatan peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Nazir melalui laman Instagram miliknya, nazir.razak berkata, bapanya itu gemar melawat kawasan peneroka Felda.

"Tun Razak gemar melawat petempatan peneroka Felda, ada jambatan sempit, dan anggota rombongan (termasuk polis) ikut dari belakang.

"Begitulah mereka pada masa itu," katanya dalam kapsyen mengiringi gambar itu.

Kiriman itu mengundang beberapa respons pengguna laman media sosial itu, antaranya "wanarvee" yang berkata, "pemimpin yang memimpin, pemegang amanah. Alfatihah", dan pengguna dengan nama "sukrihusin", yang berkata, "bapa anda seorang pemimpin".

Abang Nazir, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan krisis apabila didakwa menerima hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) melalui akaun peribdainya beberapa bulan menjelang pilihan raya umum pada 2013.

Dakwaan itu dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu.

Semalam, WSJ turut mendedahkan aliran wang berkenaan bagi menyokong dakwaan mereka walaupun Najib sebelum ini menafikan perkara itu.

Peguam kepada Najib juga sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan tersebut dilaporkan sudah membekukan 6 akaun bank.Dalam kenyataan bersama semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan daripada 17 akaun daripada 2 bank.

"Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015.
0 Komentar untuk "Nazir Razak PERLI Najib lagi??"

Back To Top