Semalam telah dikejutkan dengan satu kemalangan yang telah mengorbankan pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan juga ibu mertuanya.
Mangsa yang terbunuh adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat tempat yang sama mereka bertugas serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52.
Hari ini isteri pertama mangsa telah mengemaskini status di dalam Facebooknya yang meminta kisah ini tidak perlu lagi diviralkan dan beliau redha dengan apa yang terjadi.
Farah sebelum itu turut mengemaskini statusnya untuk memohon maaf bagi pihak arwah suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya dan memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke Kuantan bersama keluarganya kerana tiada siapa lagi di Johor Bahru dan beliau amat merindui arwah suaminya itu dan berjanji akan menjaga bayi yang bakal dilahirkan nanti hingga nafasnya yang terakhir.
0 Komentar untuk "TERKINI!! Farah Isteri Mangsa Kemalangan Tragis di Kota Tinggi Update Status Terbaru Yang Mengejutkan"