Wanita lahir anak luar nikah sendirian dalam tandas rumah saudara bertindak campak bayi dalam longkang.
“Anak ini mempunyai nasib yg sama seperti saya..
Dibuang dan tidak diakui..
Inn shaa Allah.. Dengan berpegang pada jalan Allah swt.. Sesungguhnya nikmat Allah swt sangat indah.. Allah swt akan menjaga anak yg teraniaya..
Dibuang dan tidak diakui..
Inn shaa Allah.. Dengan berpegang pada jalan Allah swt.. Sesungguhnya nikmat Allah swt sangat indah.. Allah swt akan menjaga anak yg teraniaya..
ADMIN BERSIMPATI…
Kota Tinggi: Seorang wanita sanggup mencampak bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam longkang di belakang rumah saudara di FELDA Lok Heng, di sini, Jumaat lalu, dalam usaha mengelak rahsia dia mengandung tanpa ikatan perkahwinan diketahui keluarga.
Wanita berusia 27 tahun dari Ulu Tiram itu dikatakan berkunjung ke rumah berkenaan bersama ahli keluarganya sempena cuti umum.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita berkenaan ke tandas selepas mendakwa sakit perut, tetapi tiada ahli keluarga mengetahui dia sedang berbadan dua.
Dia dikatakan melahirkan anak di dalam tandas sebelum membuang bayi yang masih bertali pusat itu ke longkang di belakang rumah berkenaan.
Malah, wanita berkenaan dikatakan membersihkan dirinya dan keluar untuk bersama keluarganya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
0 Komentar untuk "WANITA SANGGUP CAMPAK BAYI DALAM LONGKANG"