Jambatan ini sering jadi igauan buruk buat pemandu kenderaan.. Kenapa?

Eshima Ohashi

Sebuah jambatan di Jepun sering menjadi igauan buruk buat pemandu kenderaan kerana kecerunannya yang amat tinggi ekoran rupa bentuk kemudahan infrastruktur itu yang direka khas untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya. Jambatan Eshima Ohashi yang dipanggil sebagai jambatan roller-coaster, berukuran lebih 1.6 meter panjang merupakan yang ketiga terbesar di dunia dengan mempunyai tahap kecerunan tinggi iaitu 6.1 peratus.
Menurut portal Mirror, jambatan konkrit tersebut dibina melintasi Tasik Nakaumi bagi menghubungkan bandar Matsue dan Sakaiminato, selain membolehkan kapal belayar di bawah jambatan berkenaan. Laluan dua lorong di jambatan tersebut mempunyai lebar jalan 11.4 meter, sekali gus memberi cabaran kepada pemandu untuk menuruni jalan yang cerun de­ngan kelajuan maksimum hanya 40 kilometer sejam.
Eshima Ohashi
Jambatan berkenaan mula dibina pada 1997 sebelum dibuka kepada orang awam pada 2004. Jambatan tersebut juga menjadi tarikan pelancong dan orang ramai untuk cuba menuruni laluan berbahaya itu. Namun, jambatan itu bukan yang paling menggerunkan di dunia kerana Jambatan Sungai Sidhue di China menghubungkan bandar Shanghai dan Chendo mengungguli carta jambatan gerun dengan mempunyai ketinggian 459 meter, sekali gus menjadi jambatan paling tinggi di dunia.
0 Komentar untuk "Jambatan ini sering jadi igauan buruk buat pemandu kenderaan.. Kenapa?"

Back To Top