Gempa Bumi Mungkin Berlaku Di Seluruh Dunia.

Gempa Bumi Mungkin Berlaku Di Seluruh Dunia.


Gempa bumi mungkin berlaku di seluruh dunia, apabila gempa bumi susulan dengan gegaran kuat turut melanda beberapa negara lain sejak jumaat lalu.

Kebimbangan berhubung kemungkinan gempa bumi menyamai tragedi buruk gegaran 7.9 skala Richter menggoncang Kathmandu, Nepal pada 25 April lalu akan berulang. 

Ini kerana apabila puluhan gempa bumi melebihi 4 skala Richter dikesan berlaku sejak Jumaat lalu. Dan apa yang lebih mengejutkan, apabila gempa bumi susulan dengan gegaran kuat turut dicatatkan berlaku di seluruh dunia kian aktif dikesan.

Antara kejadian gempa bumi kuat dikesan berlaku di Papua New Guinea pada jam 6.06 petang waktu tempatan Jumaat lalu dengan kekuatan 6.7 skala Richter.

Kajian Geologi Amerika Syarikat merekodkan gempa susulan di lokasi sama meningkat kepada 7.1 skala Richter tidak lama kemudian.

Baca Di Sini : Gempa Terbaru, Papua New Guinea Jadi Sasaran.

Kejadian itu yang dibimbangi menyebabkan berlakunya tsunami. Bagaimanapun ianya berakhir tanpa kehilangan nyawa apabila amaran tsunami itu ditarik semula.

Gempa bumi di Papua New Guinea itu juga mempunyai kaitan dan persamaan dengan gempa bumi di Nepal.

Gempa Bumi Semakin Berlaku Pada Hari Ini.



Mengapa gempa bumi semakin berlaku? Gempa bumi, tsunami, dan badai terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Apakah ini ada hubungannya dengan apa yang disebut di dalam Al-Qur'an? 

Dalam satu Hadis, Rasulullah bersabda bahwa menjelang hari kiamat, gempa bumi akan semakin banyak terjadi.

Banyak gempa bumi dalam skala besar yang telah terjadi dari Pasifik Utara dan kepulauan Alaska hingga ke daerah Samoa, Filipina, dan Indonesia dan yang terbaru adalah di Nepal.

Dan ramalan mengenai terjadinya gempa bumi yang banyak telah tercatat pada 1,400 tahun yang lalu di dalam Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Pada zaman ini dapat kita lihat tanda-tanda gempa bumi yang semakin banyak. Ini dapat kita lihat daripada  surat Al-Zalzalah.

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya:

"Mengapa bumi (menjadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. 
(Al-Zalzalah:1-5)


0 Komentar untuk "Gempa Bumi Mungkin Berlaku Di Seluruh Dunia."

Back To Top