Ratusan pesakit kunjungi kediaman bomoh cilik yang mampu ubati pelbagai penyakit

Taufik Hidayat

Ratusan pesakit masih mengunjungi kediaman seorang bomoh cilik bernama Taufik Hidayat atau Upik, 11, di sini yang didakwa mempunyai kesaktian serta mampu mengubati pelbagai penyakit. Portal berita Merdeka.com melaporkan, Upik yang berasal dari Kampung Petanang, Palembang, Sumatera Selatan mula menjadi perhatian ramai kerana dipercayai mempunyai kesaktian menyembuhkan pelbagai penyakit.
Sebelum memiliki kemampuan mengubati pesakit, Upik mengaku pada suatu malam telah bertemu dengan seorang misteri di dalam mimpinya. Sejak itu dia memiliki kemampuan mengubati penyakit dan rumahnya dibanjiri orang ramai untuk meminta dirawat. Perkara ini berlaku kerana, masyarakat sekitar mempercayai bahawa kanak-kanak itu mempunyai keunikan melebihi orang normal. Selain Upik yang mempunyai kelebihan luar biasa, seorang kanak-kanak lain, Evita Sari, 10, yang juga merupakan sepupu Taufik sendiri.
0 Komentar untuk "Ratusan pesakit kunjungi kediaman bomoh cilik yang mampu ubati pelbagai penyakit"

Back To Top