PEKERJA TUNJUK ISYARAT LUCAH, KFC MALAYSIA MOHON MAAF




KECOH semalam apabila video seorang pekerja KFC Taman Putra, Ampang menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan pelajar menerima pelbagai tomahan pengguna di media sosial.
Susulan video viral tersebut, hari ini pihak KFC Malaysia melalui laman Facebook milik mereka telah tampil memohon maaf atas tindakan biadap yang dilakukkan oleh pekerja mereka itu.
Di dalam kenyataan permohonan maaf itu, pihak KFC memberitahu mereka menerima aduan orang ramai berkenaan video tersebut yang memaparkan kelakuan kurang sopan pekerjanya terhadap pelanggan.
Menurut kenyataannya, pihak KFC amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan supaya sentiasa berinteraksi secara baik dengan pelanggan.
KFC Malaysia telah menjalankan siasatan dan pekerja terbabit telah digantung kerja.
Pihak KFC juga telah menghubungi kumpulan pelajar yang terlibat bagi memohon maaf di atas tindakan kakitangannya yang berkelakuan seperti itu.
Namun, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana punca insiden dikatakan adalah kerana kumpulan pelajar tersebut yang degil dengan arahan dari pekerja terbabit.Walau bagaimanapun, seseorang pekerja sepatutnya bertindak dengan lebih profesional jika bekerja dengan sebuah syarikat yang mana diwajibkan memakai ‘uniform’ rasmi.
Iyalah, segala tingkah laku dan tutur kata akan melambangkan imej syarikat terhadap masyarakat.
Apa-apa pun, langkah KFC Malaysia yang tampil untuk memohon maaf dilihat merupakan cara yang lebih baik supaya kes ini dapat ditutup.

0 Komentar untuk "PEKERJA TUNJUK ISYARAT LUCAH, KFC MALAYSIA MOHON MAAF"

Back To Top