Cantik!! 10 Foto Perkahwinan Anak Sultan Brunei

Siapa tidak kenal dengan Sultan Brunei yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah, kekayaan negara Brunei tidak dapat di sangkalkan lagi.
Kagum, tergamam dan terkesima adalah reaksi kami saat melihat foto-foto pernikahan yang bertatahkan emas ini.
Kalau korang nak tahu, perkahwinan mewah ini merupakan majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah.
Melalui laporan Daily Mail Online, perkahwinan yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyaksikan kedua mempelai duduk diatas pelamin yang diperbuat daripada emas serta mengenakan busana yang turut bertatahkan emas dan berlian.
Fuh! Marilah kita menangis beramai-ramai. Kami pasti, ramai diantara anda yang mengimpikan perkahwinan seperti ini kan?
Yang paling mencuri perhatian kami adalah jambangan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan iaitu jambangan yang diperbuat daripada permata yang sungguh memukau.
Tambah mengujakan, pengantin perempuan memakai kasut Christian Louboutin yang diselaputi permata beserta gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.
Apa lagi jom lihat antara  foto-foto perkahwinan menakjubkan ini yang jarang dilihat oleh semua rakyat jelata.
277B406200000578-3035550-image-a-18_1428832348886 277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681 277B3E0A00000578-3035550-image-a-20_1428832361312 277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754 277B44DE00000578-3035550-image-a-2_1428832159627 277E56B000000578-3035550-image-a-2_1428857371990 277B397D00000578-3035550-image-a-13_1428832334904 277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681
0 Komentar untuk "Cantik!! 10 Foto Perkahwinan Anak Sultan Brunei"

Back To Top