(Gambar) Sudah 6 Tahun Dikebumikan, Mayat Ditemui Oleh Penggali Kubur Seperti Masih Baru


Menjadi viral di laman sosial sejak semalam beberapa keping gambar sekujur mayat yang dijumpai oleh penggali kubur yang dikebumikan sejak tahun 2009 yang lalu di Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah.

Apa yang mengujakan, mayat berkenaan seolah-olah seperti baru dikebumikan kerana kain kafannya dan keadaan mayat masih elok walaupun sudah 6 tahun dikebumikan kerana kebiasaannya kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.

Gambar di laman sosial

Kerana bimbang gambar ini hanya viral liar, kami cuba menghubungi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(JKKK) Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Encik Khair bin Hassan dan beliau mengesahkan hal berkenaan.

Menurutnya kejadian berlaku dua hari lepas di mana mayat berkenaan dijumpai oleh beberapa anak muda yang menggali kubur baru  kerana terdapat kematian.

"Ceritanya begini, mayat yang telah dikebumikan pada tahun 2009 tersebut dijumpai oleh anak-anak muda yang menggali kubur berkenaan kira-kira jam 9:00 pagi Isnin lalu kerana ada kematian baru."

"Kerana kejadian ini terjadi, mereka telah menanam semula mayat berkenaan dan mencari lokasi baru bersebelahan lokasi, untuk jumpa bekas mayat lama reput tidak mustahil berlaku kerana tanah perkuburan ini sudah lama dan berlapis-lapis, cuma kali ini Tuhan nak tunjuk dekat kita tanda kebesaranNya," katanya ketika dihubungi oleh Siakapkeli.

Kami cuba bertanyakan siapakah nama gerangan mayat tersebut, mungkinkah beliau seorang yang tinggi amalannya. Namun En. Khair tidak dapat pastikan.

Apapun, arwah memang seorang yang bertuah dan sudah pasti bukan calang-calang individu kerana itu adalah kelebihan bagi orang-orang yang beriman dan mungkin tergolong dalam salah satu dari Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT ini. Semoga roh baliau sentiasa dicucuri rahmat. 




Sumber: Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "(Gambar) Sudah 6 Tahun Dikebumikan, Mayat Ditemui Oleh Penggali Kubur Seperti Masih Baru"

Back To Top