#Suatu masa dahulu pada bulan April 2010, saya ditugaskan untuk menyambut rombongan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tiba di Hotel Intercontinental Dar Tawhid, Makkah untuk tujuan menunaikan ibadah umrah.
#Tugas saya hanyalah memberikan minuman sahaja. Ketika itu, saya bertugas sebagai salah seorang staff Tabung Haji Travel di Jeddah. Bos saya pada masa itu sangat terrer. Dia pulang ke Malaysia, tapi dia dah lengkapkan segala jadual, bilik, kelengkapan, aturan dan tinggalkan kami dalam tugas pertama seumur hidup saya menjaga VVIP.
#Segala pesanan beliau telah saya ingati dengan baik. Antara pesanan beliau adalah, ketika Tuanku usai tawaf, hulurkan air kerana mungkin Tuanku kepenatan dan keletihan. Itu adalah personal touch pertama yang saya belajar daripada beliau. Small thing, tapi Big thing.
#Saya masih ingat, Tuanku ucap terima kasih kepada saya sambil meneguk air zamzam yang sejuk fresh mengalir daripada telaga zamzam. Kami berada berhampiran dengan multazam.
#Sejak dari itu, sejarah saya dengan negeri Johor telah bermula. Walaupun saya baru 2 kali sahaja ke negeri Johor sepanjang hidup saya, tapi berbual dengan Baginda, saya dapat merasakan sedang melihat negeri Johor betul-betul berada di hadapan saya.
#Pagi yang hening, Tuanku panggil saya menghadap masuk ke dalam bilik santapan Baginda. Wajah Baginda menunjukkan tanda kerisauan melihatkan makanan yang dihidangkan sepanjang-panjang meja santapan.
***"Ini siapa nak makan?" Soal Baginda kepada saya.
#Saya sudah pucat dan saya dapat merasakan kaki dan jari tangan saya sudah mulai sejuk.
***"Err..Err.. Tuanku dan keluarga. Err.. Err.. Saya, Eh. Patik pun tak tahu. Patik.. Saya.. Patik keluar dulu ya. Ampun Tuanku."
#Itu perkataan yang paling formal boleh saya keluarkan di hadapan Baginda.
***"Membazir ni. Makanlah. Mana habis saya nak makan semua ni. Duduklah dulu. Kita berkenalan. Saya tak kenal lagi kamu. Nama siapa?"
#Bermula dari itu, kami bertukar-tukar cerita dan saya asyik cerita pasal kamera saya sehinggalah saat Baginda panggil saya professor kerana berjaya menghidupkan internet dengan WiFi hotel pada iPad Baginda!
#Saya tidak kenal Baginda dengan begitu rapat. Namun, banyak nasihat yang Baginda telah berikan kepada saya dalam hidup. Baginda begitu 'tak kisah' dengan siapa saya. Berbual seolah-olah saya rakannya.
#Baginda juga menasihati saya dalam berbisnes, kita hendaklah mengetahui semua perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar operasi perniagaan kita. Jika tidak, kita akan senang ditipu dan dipermainkan.
#Sejujurnya, saya ingin bertemu lagi dengan Baginda kerana ada amanah yang ingin saya sampaikan setelah diamanahkan satu kerja kepada saya. Namun, saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengan Baginda.
#Di hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55, Patik ucapkan Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan Ibrahim yang patik kenali.
#Gambar ketika kali pertama saya lihat dan pegang iPad. Apa ke benda ntah komputer ni? Sekeping tapi bijak betul!
0 Komentar untuk "Lelaki Bersongkok ini ceritakan saat-saat rasa amat takut dan gementar kerana lakukan kesalahan pada Sultan Johor, namun jangan terkejut lihat apa yang Sultan Johor lakukan ke atasnya selepas itu amat mengejutkan."