Inikah Yang Kita Mahu Lihat Apabila Warga Bangla Memenuhi Negara Kita.. Pasti Akan Berlaku Lagi Selepas Ini.. Ingatlah!!!


MALAYSIA : Berikutkan keputusan kerajaan yang akan membawa masuk kira-kira 1.5 juta warga Bangladesh, ternyata ramai rakyat tempatan risau dengan peluang pekerjaan yang ada.

Memetik laporan Bernama, kerajaan #melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil memberi jaminan bahawa dengan kemasukan buruh dari Bangladesh ke negara ini, tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Menurut kementerian, keseimbangan #pasaran buruh juga tidak akan terjejas kerana pekerja-pekerja asing ini hanya akan dibenarkan bekerja di lima sektor formal iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

"Cadangan berhubung kemasukan #1.5 juta pekerja dari Bangladesh dibuat setelah mengambil kira perkembangan ekonomi negara dan keperluan industri bagi mengisi jawatan yang tidak digemari rakyat tempatan.

"Bagaimanapun kerajaan juga sangat #berhati-hati dalam perkara ini agar peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tidak terjejas dan sentiasa dilindungi," jawapan bertulis KDN kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Tze Tzin, ingin mengetahui apakah #rasional di sebalik cadangan kerajaan untuk membenarkan 1.5 juta pekerja Bangladesh bekerja di negara ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) pula yang menyoalkan tentang masalah sosial jika kemasukan pekerja-pekerja asing ini, #KDN menyatakan bahawa kerajaan sentiasa menyedari isu ini merupakan isu yang sangat mencabar.

KDN akan bekerjasama dengan #Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara.

Menurut kementerian lagi, mereka hanya dibenarkan memasuki #Malaysia melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk direkodkan ke dalam Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) melalui pengambilan biometrik.

Kehadiran buruh-buruh asing ini adalah untuk #mengisi jawatan-jawatan yang tidak digemari rakyat tempatan, terutamanya berunsurkan 3D (kotor, berbahaya dan sukar) adalah perlu bagi membantu kerajaan meningkatkan kemampanan ekonomi negara.





0 Komentar untuk "Inikah Yang Kita Mahu Lihat Apabila Warga Bangla Memenuhi Negara Kita.. Pasti Akan Berlaku Lagi Selepas Ini.. Ingatlah!!!"

Back To Top