Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu
Sejak kebelakangan ini mula tersebar berita mengenai “Terowong Rahsia di Putrajaya” yang menghubungkan bangunan “xxx” ke Lapangan Terbang Antarabangsa(KLIA). Ianya nampak seperti satu misteri yang tidak pernah dirungkai oleh rakyat biasa.
Ada yang membuat andaian bahawa terowong ini adalah satu langkah kerajaan(era pemerintahan Dr.Mahathir) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak. Kemungkinan terowong ini dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya berlaku peperangan.
Menerusi kajian yang dibuat oleh penulis di internet terdapat dua versi cerita mengenai terowong ini. Mari kita baca kedua-dua versi cerita ini.
VERSI 1
1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11. Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12. Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13. Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14. Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15. Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18. Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19. Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20. Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21. Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22. Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orang ramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23. Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24. Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.
25. Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26. Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27. Kebangkitan akan bermula dari sini.
VERSI 2
Memang betul pun ada terowong ‘rahsia’ di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi sebenarnya terowong itu tidaklah terlalu rahsia. Yang jadi rahsia sebab kita yang tidak pernah tahu. Jadi, bila ada orang ‘terjumpa’ dengan terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan ‘rahsia’ terhadap ‘terowong’ ini. Ok, yang ini memang lawak. Sebab apa lawak? Sebab ramai yang buat andaian tanpa tanya kepada tuan empunya tanah!Ok, sebenarnya, tak ada rahsia pun yang ingin disembunyikan pada terowong bawah tanah di Putrajaya tu. Serius!
Hakikatnya, terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai! Dan bukannya terowong rahsia seperti yang anda mungkin fikirkan!
Kenapa terbengkalai? Sebab Pak Lah tak nak teruskan projek ini, walaupun terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah dengan Pak Lah.
Ada yang persoalkan, “Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?” Mestilah kena tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. Nanti jangan kata binatang-binatang berbisa, manusia yang nak transformer jadi haiwan pun jadikan tempat ini sebagai sarang mereka!Kalau tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya
Malah, cerita terowong yang rahsia sangat ini telahpun keluar dalam paper utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Mungkin pada zaman Pak Lah, beliau tidak mahu meneruskan projek ini kerana menganggap ianya sebagai ‘membazir’. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun, jika suatu hari nanti Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini mungkin akan bersambung semula.
Nota kaki penulis: Anda mempunyai akal fikiran yang waras dan anda layak untuk menilai cerita ini mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Semoga hidup anda tidak diselubungi misteri.
0 Komentar untuk "Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu"