Majlis Hari Raya Pejabat Imegresen JB Cukup Ringkas Tiba-tiba Sultan Johor Yang Datang


Pegawai di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri Johor di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, mendapat kejutan yang mengembirakan dengan keberangkatan tiba Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor, ke jabatan tersebut untuk mencemar duli ke majlis sambutan Hari Raya mereka yang tidak formal. 

Seramai 60 pegawai yang bertugas di unit pasport jabatan tersebut telah merancang satu majlis yang digambarkan "agak ringkas" di pejabat mereka. 

Mereka turut mengundang orang ramai yang sedang berurusan di kaunter untuk menyertai majlis tersebut. 

  "Kami semua begitu teruja dan gembira apabila DYMM Sultan Ibrahim mencemar duli ke jabatan kami. Baginda berkenan untuk menyeri majlis kami bersama-sama dengan orang ramai. Kami tidak membuat persiapan awal untuk keberangkatan tiba Baginda kerana tiada makluman awal. Kemungkinan Tuanku Sultan tidak mahu merumitkan kami dengan persiapan awal atau menimbulan kegendalan urusan permohonan pasport, memandangkan kaunter beroperasi seperti biasa. Tuanku Sultan telah meluangkan masa selama 45 minit dengan kami, dan tetamu di majlis tersebut. Bagi pihak warga Jabatan Imigesen, saya ingin merafak sembah menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim yang berkenan mencemar duli ke jabatan dan majlis kami. Ini pasti satu saat yang penuh bermakna dan indah untuk kami semua. Daulat Tuanku.” - Mohd Jasmi Mohd Juwahir, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Imigresen negeri Johor.







0 Komentar untuk "Majlis Hari Raya Pejabat Imegresen JB Cukup Ringkas Tiba-tiba Sultan Johor Yang Datang"

Back To Top