Beza apabila menantu wanita tinggal bersama mertua Dan menantu lelaki tinggal bersama mertua

Beza apabila menantu wanita tggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua


1. walaupun tinggal sebumbung, kebanyakan suami lebih kurang berinteraksi dgn mertua kerana mereka keluar bekerja dan hanya berjumpa waktu malam sahaja.. (Borak ngan wife pun kurang,apatah lg ngan mertua ye dak.) this is good actually sbb boleh mengelakkan "drama" tidak berbayar..
2. Menantu perempuan lebih2 lagi yg fully housewife sebaliknya lebih kerap berinteraksi dengan mertua mereka.. Dari sudut baik,ia mampu lebih merapatkan hubungan menantu-mertua dan dari sudut negatifnya,biasalah menantu boleh bau busuk mertua dan mertua boleh hidu hapak si menantu.. So walau x banyak,pasti akn ada drama..(noted that perempuan (menantu&mertua) akan fikir benda2 mcm ni lama berbeza dgn lelaki yg prefer utk x amik pusing.jgn tny knapa prmpuan mcm tu,dh mmg Allah buat dia lebih sensitif gitu.cuma rasional or x je yg menentukan tindakan mereka.)
3. Menantu perempuan,wpun mereka keluar bekerja,mereka masih perlu memenuhi 'expectation' masyarakat (ibu mertua juga sebahagian dari masyarakat) untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak dinafikan bahawa ada ketikanya menantu wanita gagal memenuhi expectation ini which is in return boleh menjadi punca ketidakpuasan hati dari pihak keluarga mahupun mertua itu sendiri. (Cubalah suruh husband wat kerja umah skali skala,msti mak mertua akn ingt part tu..part ko wat krja byk2,akan berlalu seperti angin lalu jek.. X semua mertua la tapinya.)
4. Menantu lelaki yg tggal bersama mertua x perlu pening fikir soal aurat dan keselesaan diri.. Xnak berbaju,nak pakai short,nak terbongkang depan tv,kuar toilet nak pakai towel sahaja,ikut hangpa laa..now,cuba letakkan menantu perempuan,soal aurat perlu dijaga kalau x sama2 lah keneraka nanti ye(nauzubillah..)..tak dinafikan ade menantu perempuan gagal jaga bab ni.yeala, kalau dah ade ipar duai kat rumah tinggal sekali,haa,bertutup litup lah hai hatta dalam umah sendiri..baju lengan panjang,tudung ttup dada..kalau xde ipar yg tggal skali ok la,tp klu ade yang tinggal bersama sebulan dua,setaun dua tu,x ke kesian kat wife hang..hang duk terkangkang xpe,wife kena jaga itu ini sedangkan sepatutnya si isteri itu yg lebih memerlukan tempat yg lebih bebas setelah bertutup litup di luar rumah.n cuba la menantu perempuan terbongkang depan tv,paling baik pun akan dicop sebagai x senonoh. Mungkin ada mertua yg x kisah dengan perlakuan seperti ini, tapi agak2 selesa ke seorg isteri nak baring berehat teman anak main sedangkan mereka tau itu adalah tempat tumpuan or laluan bapa mertua mereka/ ipar duai mereka. I xtau org lain,but for me perasaan dia macam diratah.. Huhuhu..
5. Bila dah berkahwin,lelaki,please expect perempuan utk memiliki banyak barang2 personal mereka.handbags,boxes of shoes,baju,tudung..nak tau ape yg berlaku bila tinggal bersama mertua mereka? Mereka akan selagi boleh letak dan simpan semua barang2 ni dalam bilik yg mereka dduk sahaja.bukan barang dorg jek,barang sang suami pun mereka akan cari ruang untuk simpan dalam bilik mereka.jadi jangan pening pulak ye bila tengok bilik penuh sepenuh2 nya..bukan apa,kebanyakan wanita normal memang x selesa nak simpan dekat bilik2 lain yang ada di rumah mertua mereka. Bagi lelaki yg tggal bersama mertua pulak, kerana mereka ni makhluk yg simple,jadi pemikiran mereka jugak lebih simple,"nah,ayang,tolong simpankan beg/baju/kasut/songkok abg ni."simple kan,suh je bini yg simpankan..jadi wanita ni asbab tinggal di rumah parents sendiri,mereka lebih arif tentang ruang penyimpanan yg kondusif dan selamat.kadang2 baju dorg pun dorg akan tumpang letak dlm closet mak/bapak/akak/abg/adik mereka..
Inilah antara bezanya situasi menantu perempuan tinggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua.kerana itu kalau dilihat pada page2 yg berkaitan rumah tangga,lebih ramai wanita yg mengadu tentang masalah dengan mertua.lelaki jugak ade but saaaaangat kurang. Jadi, kalau mahukan rumahtangga yg harmoni,lebih baik elakkan drama..apa,nampak ok? Haih bang,xkan nak tunggu drama tu berlaku..once it happened,ingat senang ke nak baikkan semula..ingatlah,menantu itu org yg berpuluh tahun hdup dimanjakan ibu ayah mereka tapi sanggup tinggalkan parents demi menjaga dan menemani anak lelaki kita.dan menantu,ingatlah mertua itu yg melahirkan dan mmbesarkan suami kita tup tup kena tanggung kita.
mertua: anda pernah jadi menantu
Menantu: anda bakal jadi mertua
Lastly,tak semua mertua itu zalim,dan x semua menantu itu hantu.


0 Komentar untuk "Beza apabila menantu wanita tinggal bersama mertua Dan menantu lelaki tinggal bersama mertua"

Back To Top