Sejak kebelakangan ini kita banyak disajikan kononnya rumah tangga jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan isterinya Datin Nur Shahida goyah.
Namun, hari ini pengasas produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs itu tampil memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya bersama sekeping gambar beliau sedang meluangkan masa makan bersama isterinya.
Gambar berkenaan sekali gus menepis dakwaan khabar angin sebelum ini yang mengatakan bahawa rumah tangga jutawan kosmetik itu kini sedang goyah seperti yang dilaporkan portal-portal media hiburan sebelum ini.
“Terima kasih semua yang menyayangi saya. Terima kasih isteriku @shahidadherbs untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang. Ku harap engkau kekal bersama selamanya,’’ tulis abang terlajak laris itu di Facebook.
0 Komentar untuk "Akhirnya Status Terakhir Datuk Aliff Syukri Ini Jawab Segala Persoalan. Inilah Pengakhiran Cerita..."