Kanak-kanak minum petrol kerana ingin jadi optimus prime

optimus prime

Menjadi seorang superhero yang boleh menyelamatkan dunia dari penjahat memang impian setiap kanak-kanak. Tak terkecuali seorang kanak-kanak lelaki yang berasal dari China Ini. Kanak-kanak ini dikatakan obses untuk menjadi Optimus Prime. Keinginannya bermula ketika dia menonton filem The Transformers di tv dan melihat betapa gagahnya trak yang boleh berubah menjadi robot itu.
Malah keinginannya tersebut membuatnya cuba minum petrol agar dapat menjadi robot penyelamat mahluk hidup di dunia atau Optimus Prime. “Kami mendapati petrol kami selalu selalu hilang dan satu hari melihat dia ketika itu sedang meminumnya,” ujar ayah kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu seolah-olah kecanduan minum petrol setiap hari. Dia juga berusaha untuk mendapatkan petrol dengan mencuri dari rumah jiran.
optimus prime
“Sejak anak saya mulai minum petrol, IQ-nya turun dan sekarang dia tidak tahu walaupun soalan matematik yang mudah. Sedangkan, sebelum itu dia adalah seorang anak yang sangat cerdas dan dia bahkan mampu memperbaiki tv.” tambahnya. Kini, kanak-kanak itu dirawat di hospital. Doktor mengesahkan bahawa petrol itu menyebabkan kerosakkan otak yang serius. -AP
0 Komentar untuk "Kanak-kanak minum petrol kerana ingin jadi optimus prime"

Back To Top