Wanita Tanggal Coli Ditahan


Wanita Tanggal Coli Ditahan
Wanita tangal coli ditahan. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia di tahan polis gara-gara kelakuannya yang tidak senonoh di ibu kota baru-baru ini.


Video ‘viral’ wanita tersebut yang bertengkar dengan seorang peniaga makanan sehingga dia menanggalkan colinya kini memasuki episod baru apabila dia ditahan polis, pagi tadi.

Wanita berusia 32 tahun yang dipercayai individu dalam video itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan pada 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata, wanita itu adalah warga Malaysia dan ketika ditahan di tingkat satu hotel berkenaan, dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Kejadian berkenaan berlaku pada 4.30 petang Khamis lalu di Jalan Petaling.

Hasil maklumat yang diterima, pihak polis ke hotel itu sebelum wanita terbabit ditahan untuk pemeriksaan.

Anggota polis wanita turut melakukan pemeriksaan di tubuhnya dan tidak menemui apa-apa barangan salah.

Sasatan awal mendapati suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan dan ujian air kencing akan dijalankan terhadapnya.

Pihak polis akan menyiasat latar belakangnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.

Dia dijangka didakwa di mahkamah Isnin ini. Video itu memaparkan aksi seorang wanita bertindak nekad membuka pakaiannya, termasuk coli hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga makanan yang dipercayai menuduhnya tidak membayar wang makanan bertumbuk.

Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial dan menjadi ‘viral’. 


0 Komentar untuk "Wanita Tanggal Coli Ditahan"

Back To Top