Unik Dan Cantik Selebriti Jepun Berwajah Campuran

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan pembaca sekalian ^_^

Mengenai posting hari ini, K nak bermula dengan perkongsian sedikit mengenai perihal unik selebriti-selebriti negara matahari terbit. Haa, kalau dah dengar tentang matahari terbit tak lain tak bukan iaitu negara Jepun. Rasanya pembaca yang sering melawati entri ni pasti dah  tak asing lagi kan apabila K mula bercerita tentang Jepun.

Jepun, negara yang penuh dengan budaya-budaya hiburan yang unik terutamanya budaya Anime yang bukan sahaja mempunyai ramai penggemar di negara matahari terbit tersebut malah juga mempunyai penggemar di seluruh pelusuk dunia. Selain itu,Jepun juga dikenali sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan cosplayer-cosplayerberbakat besar yang telah pun melebarkan sayap di serata dunia. Tidak ketinggalan juga dengan fesyen-fesyen mereka yang terkini yang dengan ala futuristic serta teknologi canggih dan maju yang mana menyumbang negara tersebut sebagai salah satu negara pengeksport teknologi terbesar di dunia selain China, Amerika dan Rusia.

Dan jika bercerita mengenai industri hiburan pula, JPOP atau dikenali sebagai “Japanese Pop”, Jepun merupakan industri hiburan kedua terbesar di dunia selepas Amerika. Untuk pengetahuan umum industri hiburan Jepun bukan hanya diungguli muzik berunsurkan Pop, malah terselit juga unsur RockR&BBalladeVisual KeiVocaloid,Electro pop dan sebagainya dan ianya juga lebih luas seiring dari masa lalu hingga ke era kemodenan abad ke-21 hingga sekarang.

Dan antara nama-nama besar penggiat seni industri Jepun yang dikenali ialah sepertiUtada HikaruHamasaki AyumiAmuro NamieMorning Musume dan FukuyamaMasaharu. Selain itu, Jepun juga terkenal dengan gadis comel dengan unit paling banyak dilahirkan dalam satu kumpulan seleaps MoMu iaitu AKB48 yang mana juga turut mempunya unit-unit kecil dari beberapa daerah atau negara seperti SKE48NMB48,HKT48 dan JKT48 serta mempunyai sekutu hebat Nogizaka46AKB48 juga turut dikenali sebagai Idola Wanita Berkumpulan Paling Popular Jepun.

Disamping itu, turut mengundang perhatian peminat muzik Jpop, siapa tidak kenal dengan lelaki-lelaki kacak dari agensi boyband lelaki terbesar di Jepun iaitu Johnny’ and Associates yang mana diasaskan oleh Johnny’s Kitagawa. SMAP, TOKIO, Kinki Kids,V6, Arashi, Kattun dan Kanjani8 antara boyband-boyband popular dari agensi tersebut yang telahpun mencipta nama di Jepun serta diikuti dengan junior-junior yang baru sahaja beberapa tahun debut seperti Hey Say JUMP, NYC, Kiss My Ft2 dan Sexy Zoneyang mana kepopularitian mereka juga semakin meningkat naik seperti senpai-senpai terdahulu.

Dan apabila bercerita mengenai selebriti, ramai yang memuji wajah artis Jepun sangat cantik tidak kira wanita mahupun lelaki. Biasanya, bukan sahaja para selebriti malah kebanyakan wanita Jepun sering dipuji dengan wajah cantik semulajadi tanpa mekap. Manakala golongan selebriti lelaki pula popular dengan gelaran baby-face (wajah bayi), feminin serta mempunyai wajah yang muda dari usia. Itu yang selalu kita dengar mengenai wajah-wajah selebriti Jepun tidak kira lelaki ataupun wanita, namun hari ini K bukanlah ingin bercerita mengenai wajah muda ataupun wajah cantik semulajadi mereka tanpa mekap tapi mungkin ramai yang tidak tahu selain dari mempunyai wajah cantik secara alami dan sentiasa tampil muda, selebriti Jepun turut mempunyai selebriti berwajah unik dari segi campuran darah asal-usul mereka.

Baiklah setelah pemerhatian K di beberapa forum laman web yang berbeza mengenai selebriti Jepun berwajah campuran, K telah membuat TOP25 list selebriti tersebut dengan berkongsikankannya di entry nordasagigirl ini.


Fujii Mina (Half White American)

Abe Tsuyoshi (Half Chinese)

Kagami Seira (Half Canadian)

Naka Riisa (Half Sweedish)

Marie Digby (Half Iris-American)

Kuroki Meisa (Half Pamamanian)

Amuro Namie (Half Italian)

Hasegawa Jun (Half French-Irish)

Takahashi Mary Jun (Half Philiphine)

Takahashi Yu (Half Philiphine)

Akimoto Sayaka (Half Philiphine)

Bages Minami (Half French)

Becky (Half British)

Eiji Wentz (Half Germany-America)

Jessica Michibata (Half Argentinian)

Sasaki Rikako <Hello! Project Kenshuusei> (Half Philiphine)

Murashige Anna <HKT’s 48> (Half Japanese-Russian)

Ayana Syahab <JKT’s48 -Team J- > (Half Indonesian)

Yogi Keira <NMB’s48> (Half Brazilian)

Kawabe Chieko (Half Philiphine)

Reika Hashimoto (Half Spanish)

Sebastian Castro (Half Peruvian)

Suzuki Emi (Half Chinese)

Kato Rosa (Half Italian)

Marius Yo <Sexy Zone> (Half Germany)

0 Komentar untuk "Unik Dan Cantik Selebriti Jepun Berwajah Campuran"

Back To Top