Lelaki Mengaku Imam Mahdi. [Video]


Lelaki Mengaku Imam Mahdi.
Lelaki mengaku Imam Mahdi. Ya, itulah yang terjadi apabila seorang lelaki ini yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi di khalyak ramai. 

Apa yang kelakar di sini adalah, lelaki tersebut dengan tidak segan silunya mengaku mendapat wahyu secara langsung daripada Allah S.W.T. kepadanya.


Namun, pengakuannya itu di tentang oleh seorang alim yang berada di pentas itu. Mana mungkin lelaki ini boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan bahasa Arab pun dia tidak tahu.

Pengakuannya itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna laman sosial Facebook apabila dia mengucapkan kata-kata sedemikian.


Lelaki Mengaku Imam Mahdi.


Siapa Imam Mahdi?

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Pekara ini diterangkan dengan jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman. Dan apabila kezaliman itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). 

Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezliman. 

Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Dengan kata lain, Imam Mahdi ialah 'pemimpin yang mendapat petunjuk'.

Nama Imam Mahdi sebenarnya bernama Muhammad seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasullullah S.A.W, iaitu Abdullah. 

Nama Imam Mahdi sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. 

Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya.

Mari kita lihat bagaimana lelaki ini sanggup mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi di khalayak ramai.



Ciri-Ciri Imam Mahdi.


Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana bumi ini sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman, dan umur kekhalifahan berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. 

Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh dahulu akan didirikan semula iaitu Khalifah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecah-belahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. 

Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apa jua masalah.

Keadaan sekarang ini juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan berbangsa bangsa, bernegara-negara dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak bangsa/negara mereka sendiri. 

Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang namanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. 

Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.



Kemunculan Imam Mahdi


Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. 

Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Dalam hadis yang disebutkan Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa. Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.
0 Komentar untuk "Lelaki Mengaku Imam Mahdi. [Video]"

Back To Top