Siapa tidak kenal dengan Sultan Brunei yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah, kekayaan negara Brunei tidak dapat di sangkalkan lagi.
Kagum, tergamam dan terkesima adalah reaksi kami saat melihat foto-foto pernikahan yang bertatahkan emas ini.
Kalau korang nak tahu, perkahwinan mewah ini merupakan majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah.
Melalui laporan Daily Mail Online, perkahwinan yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyaksikan kedua mempelai duduk diatas pelamin yang diperbuat daripada emas serta mengenakan busana yang turut bertatahkan emas dan berlian.
Fuh! Marilah kita menangis beramai-ramai. Kami pasti, ramai diantara anda yang mengimpikan perkahwinan seperti ini kan?
Yang paling mencuri perhatian kami adalah jambangan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan iaitu jambangan yang diperbuat daripada permata yang sungguh memukau.
Tambah mengujakan, pengantin perempuan memakai kasut Christian Louboutin yang diselaputi permata beserta gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.
Apa lagi jom lihat antara foto-foto perkahwinan menakjubkan ini yang jarang dilihat oleh semua rakyat jelata.
0 Komentar untuk "Cantik!! 10 Foto Perkahwinan Anak Sultan Brunei"