Penulisan kali ini adalah penilaian dari segi luaran. Walau bagaimanapun, kecantikan adalah satu perkara subjektif dan penilaiannya adalah berbeza mengikut individu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat dari penulis?
1) Ukraine
Kebanyakan gadis Ukraine menyerupai wanita Rusia yang memang terkenal dengan kecantikan yang seperti anak patung dan menawan.
2) Perancis
Wanita Perancis terkenal dengan personaliti mereka yang bersikap terbuka dan sikap, bertenaga dan rasa citarasa fesyen yang tinggi. Mereka juga terkenal dengan sikap yang romantis dan menggoda.
3) Serbia
Mewarisi baka mediteranean dengan mempunyai bentuk badan yang menarik dan tinggi. Boleh dikatakan 99% wanita disana adalah kurus, agak susah hendak berjumpa wanita Serbia yang gemuk.
4) Argentina
Mereka terkenal dengan berkulit yang kelihatan berseri. Masyarakat Argentina amat menitik beratkan penjagaan kulit dan rambut. Selain itu, mereka juga peka dengan perkembangan fesyen semasa.
5) India
India mempunyai pelbagai kaum. Mereka bukan sahaja mempunyai kulit, mata dan rambut yang cantik malahan adat ketimuran mereka juga agak tinggi.
6) Venezuela
Persis Barbie Doll mungkin ini adalah gambaran yang tepat untuk menggambarkan kecantikan wanita Venezuela. Boleh dikatakan Venezuela adalah merupakan negara yang kerap memenangi pertandingan Ratu Dunia.
7) Rusia
Orang Rusia terkenal dengan mata yang cantik persis anak patung, kebanyakannya berwarna biru. Memiliki kulit yang cantik, tidak seperti dengan sesetengah wanita barat yang rata-rata memiliki kulit yang berbintik-bintik seperti jeragat.
8) Brazil
Wanita Brazil terkenal dengan bentuk tubuh badan yang tegap dan paling sesuai menjadi model untuk fitness. Mereka ini boleh dikatakan wanita yang paling seksi di dunia.Seksi bukan bermakna memakai pakaian yang terdedah tetapi seksi dari segi bentuk tubuh mereka yang sememangnya mantap dan padat.
9) Jepun
Berambut hitam dan berkulit cerah, selain mempunyai kulit yang halus dan cantik serta mempunyai budaya ketimuran yang amat tinggi. Mempunyai mata yang cantik dan bersinar walaupun tidak terlalu besar dan kebanyakan mereka mempunyai badan yang lansing.
10) Malaysia (Borneo)
Jika di Malaysia, kebanyakan gadis-gadis yang cantik ditemui di bahagian Malaysia Timur seperti Sabah & Sarawak. Bukan tempat lain di Malaysia tak cantik, tetapi kebanyakannya penulis mempunyai teman-teman yang cantik yang kebanyakannya berasal dari Sabah dan Sarawak. . Mereka mempunyai kecantikan yang dikatakan unik kerana kebanyakan mereka mempunyai kulit yang lembut dan cantik, kulit kuning langsat (tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap) dan mempunyai wajah campuran cina dan Melayu. Oleh sebab itulah Penulis merasakan mereka adalah salah satu wanita tercantik dunia kerana kecantikan mereka adalah unik.
0 Komentar untuk "10 Wanita Tercantik Dunia Mengikut Negara"